“Ruang Sempit, Susah Nak Buat Banyak Aktiviti”
Kami teringin juga ruang yang selesa untuk melakukan aktiviti-aktiviti seperti program hafazan, ihtifal, ceramah dan macam-macam lagi.
Pihak pusat tahfiz menganggarkan kelas yang sedang dalam pembinaan ini dapat digunakan pada bulan Mac ini, iaitu sebelum memasuki bulan Ramadan.
Hal ini bagi mengelakkan aktiviti pelajar-pelajar ini yang mungkin mengganggu pengajian-pengajian awam yang dijalankan di surau ini.
Namun malangnya, kelas yang dibina ini masih sempit dan tidak dapat menampung ramai pelajar. Mereka tidak bebas melakukan pelbagai aktiviti.
Alhamdulillah...
Fasa 1 pembinaan yang melibatkan kelas pelajar sudah pun berjaya dibina.
Justeru, kami memerlukan dana bagi memulakan pembinaan dewan serbaguna dan rumah guru.
Maklumat Tambahan:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos Pengurusan dan Operasi.
4. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +601161146738 (Wakil Pengurusan Pusat Tahfiz Al-Quran Gong Bayor).
Sambutlah Bulan Ramadan Ini Dengan Amalan Sedekah Yang Boleh Menempah Pahala Berpanjangan.
Ramadan Hanya Sekali Setahun. Jadi, Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini